MCTT10009: Asas Rumusan Pemakanan bagi Ternakan Ikan Air Tawar
Programme Details
Micro-credential (Mc) ini memperkenalkan prinsip asas rumusan pemakanan untuk ikan air tawar, khususnya kepada penternak baru dan peserta yang berminat. Peserta akan mempelajari jenis nutrien penting, keperluan pemakanan bagi spesies akuakultur utama, serta pendekatan teori dalam merumus diet.