Portal Rasmi

PUSAT UMT LIFE

Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan APEL.Q

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi TujuanPenganugerahan Kelayakan [APEL.Q] adalah proses penilaian pembelajaran (formal / tidak formal / bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan kelayakan akademik bagi program yang dimohon. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.Q iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran atau badan pengetahuan sesuatu program.

Sumber Daripada : https://www2.mqa.gov.my/apel/APEL_Q/index.cfm

Kebaikan APEL.Q

  1. Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti;
  2. Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar;
  3. Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi; dan
  4. Mengurangkan kos dan masa untuk memperoleh kelayakan akademik.

Sumber Daripada : https://www2.mqa.gov.my/apel/APEL_Q/index.cfm

Dasar

Surat Makluman MQA :

Semua individu sama ada Warganegara atau Bukan Warganegara layak memohon sebagai calon pelajar tertakluk kepada keperluan minimum yang telah ditetapkan.

b) Permohonan calon: memenuhi keperluan minimum.

Tahap MQFKelayakanTahun pengalaman kerja minimum dalam bidang berkaitan
3Sijil5 tahun
4Diploma10 tahun
5Diploma Lanjutan12 tahun
6Ijazah Sarjana Muda15 tahun
7Ijazah Sarjana20 tahun
8Kedoktoran25 tahun

 

Catatan : Calon yang tidak memenuhi syarat keperluan minimum tetapi dengan pembelajaran pengalaman terdahulu yang luar biasa dapat dipertimbangkan berdasarkan

 case by case

    • Penilaian pembelajaran pengalaman terdahulu – pengetahuan, kemahiran, kompetensi, kepakaran (formal, tidak formal & bukan formal)
    • Program yang telah mendapat Akreditasi Penuh
    • Penilaian: berasingan bagi setiap program [berasaskan hasil pembelajaran/kompetensi program]
    • Semua bidang pengajian & semua tahap kelayakan MQF kecuali bagi program 100% penyelidikan
    • Program Profesional – tertakluk kepada penerimaan oleh badan professional
    • Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang telah berjaya dalam penilaian pelaksanaan APEL.Q akan diiktiraf sebagai Pusat Penilaian APEL.Q dan diberikan perakuan akreditasi untuk tempoh sah laku 5 tahun.

 

Sumber Daripada : https://www2.mqa.gov.my/apel/APEL_Q/polisiumum.cfm

Permohonan