Portal Rasmi

PUSAT UMT LIFE

Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan APEL.A

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi tujuan Akses (Accreditation of Prior Experiential Learning for Access, APEL.A) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu untuk kemasukan ke program pengajian dalam pelbagai peringkat di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

Sehingga kini penilaian APEL.A telah dibuka untuk ENAM tahap kemasukan iaitu:

  • Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
  • Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
  • Kemasukan ke program Diploma Lanjutan (APEL T-5);
  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6);
  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana, Diploma Pascasiswazah dan Sijil Pascasiswazah (APEL T-7); dan
  • Kemasukan ke program Kedoktoran (APEL T-8).

 

Sumber daripadahttps://www2.mqa.gov.my/portalapela/ApaItuApel.cfm

Faedah APEL.A :

APEL.A membantu pelajar untuk :

  1. Meningkatkan keyakinan diri dan menambahkan motivasi untuk menyambung pengajian;
  2. Mendapatkan akses dan pengiktirafan bagi kelayakan yang lebih tinggi;
  3. Mendokumenkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan lebih baik menerusi penyediaan portfolio;
  4. Merancang untuk meneruskan pengajian dan pembangunan kerjaya peribadi;
  5. Memetakan pembelajaran terdahulu dengan MQF bagi mengenal pasti tahap penilaian APEL.A yang bersesuaian;
  6. Membangunkan kemahiran analitikal serta kemahiran belajar melalui proses pengambilan APEL itu sendiri;
  7. Meningkatkan mobiliti serta kebolehpasaran; dan
  8. Mengurangkan masa serta kos.
 

Sumber daripadahttps://www2.mqa.gov.my/portalapela/ApaItuApel.cfm

Dasar

Permohonan

Sila melayari website inihttps://www2.mqa.gov.my/apel_a/