Portal Rasmi

PUSAT UMT LIFE

Universiti Malaysia Terengganu

Bicara Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Pertama sekali marilah kita merafakkan tahmid kesyukuran ke hadrat Tuhan Yang Maha Rahman, dengan izinNya, penubuhan Pusat UMT Life ini telah berjaya diwujudkan. Penubuhan pusat ini adalah salah satu usaha penyelarasan di peringkat universiti dalam memastikan pelaksanaan program PSH berjalan secara komprehensif di UMT. Penubuhan pusat UMT Life ini juga akan menjadikan kursus PSH yang ditawarkan dapat dilaksanakan secara sistematik dan berimpak berdasarkan proses operasi standard (SOP) serta berpandukan garis panduan dan dasar terkini yang selari dengan aspirasi pemegang taruh universiti. Justeru, penggemblengan tenaga dan kolaborasi strategik setiap warga UMT, pihak komuniti dan industri akan dipastikan menyumbang secara berterusan bagi pemerkasaan PSH sehingga ke peringkat global. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak terutamanya pihak pengurusan UMT. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Saya berharap semangat kerja berpasukan dan prestasi kerja yang cemerlang UMT dapat diteruskan kesinambungannya ke arah peningkatan kualiti hidup agar lebih kompetitif dan memenuhi aspirasi bangsa dan negara pada masa akan datang. Wassalam.

Prof. Dr Hafiza Aishah Hashim
Pengarah
Pusat UMT Life