Portal Rasmi

PUSAT UMT LIFE

Universiti Malaysia Terengganu

Apa Itu Program Francais

1. Francais (Franchise)

Suatu aktiviti yang melibatkan penawaran hak kepada franchisee oleh franchisor untuk memasarkan produk atau perkhidmatan pendidikan melalui peraturan, garis panduan dan yuran royalti sebagaimana dipersetujui secara bersama oleh franchisor dan franchisee.

2. Francaisi (Franchisee)

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang menerima tawaran untuk memasarkan produk atau perkhidmatan pendidikan daripada franchisor.

3. Francaisor (Franchisor)

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) atau agensi pemilik dan pengawal hak produk atau perkhidmatan pendidikan yang menawarkan franchise kepada franchisee yang berpotensi.

Faedah Program Francais

  1. Standard yang hendak dicapai melalui pendidikan atau program latihan kemahiran atau kelayakan sebagaimana yang ditentukan oleh MQF.
  2. Kaedah pengajian merujuk kepada sepenuh masa atau separuh masa.
  3. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang membolehkan hasil pembelajaran dicapai.
  4. Kaedah penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar seperti konvensional atau jarak jauh.
  5. Kebolehtahanan program selepas ditawarkan bagi tempoh yang lama (mungkin melebihi 10 tahun) dengan mengambil kira keperluan negara dan permintaan pasaran pada masa hadapan.

Garis Panduan Francais