Portal Rasmi

PUSAT UMT LIFE

Universiti Malaysia Terengganu

Pusat UMT Life

Penubuhan Pusat UMT Life adalah sejajar dengan aspirasi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) nasional yang merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan negara.  Aspirasi ini telah dijustifikasikan melalui dokumen Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2022. Umumnya, PSH merupakan proses pembelajaran menyeluruh dan berterusan, merangkumi segala bentuk aktiviti pembelajaran pada semua peringkat usia dan latar belakang sosio ekonomi bagi memenuhi keperluan pembelajaran yang disampaikan dan dilaksanakan melalui variasi kaedah yang fleksibel. Pembudayaan PSH juga menjadi salah satu daripada hala tuju pendidikan UMT dalam memperluas akses pendidikan dan memperkasa agenda pembelajaran sepanjang hayat, sejajar dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) – Pengajian Tinggi Lonjakan ke-3.

Pada September 2021, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) telah ditubuhkan di bawah Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, UMT. Jabatan ini bertanggungjawab membudayakan pendidikan sepanjang hayat dan menjadi nadi utama kepada aktiviti pembangunan, penambahbaikan dan pelaksanaan program inovatif di UMT. Bermula 1 Januari 2024, Jawatankuasa Pengurusan Universiti dalam mesyuaratnya Kali Ke-289 (Bilangan 13 Tahun 2023) telah bersetuju meluluskan Pusat UMT Life sebagai PTj Tier 1 dan Pusat Pendidikan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Garis Masa Pusat UMT Life

Justifikasi Penubuhan 

  • Pemerkasaan Program dan Aktiviti PSH UMT 
  • Pemusatan Program PSH UMT 
  • Pengiktirafan daripada MQA 
  • Pembangunan Program Kurikulum Baharu 
  • Pengukuhan Jaringan Kolaborasi Yang Dinamik 

Objektif Penubuhan 

  • Menyediakan akses kepada PSH yang memenuhi keperluan kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan latihan kepada pelbagai golongan komuniti, termasuk pelajar, alumni, pekerja, dan masyarakat setempat;
  • Mengendalikan program-program akademik dan profesional yang menggalakkan perkembangan profesional dan menjana pembangunan modal insan yang relevan dengan keperluan semasa;
  • Memastikan improvisasi impak berterusan bagi program-program yang ditawarkan oleh UMT dengan tujuan memajukan amalan terbaik PSH; dan
  • Memenuhi keperluan perkhidmatan berkualiti yang relevan dengan keperluan pemegang taruh melalui kolaborasi strategik bersama industri dan komuniti.