1. Pemindahan Kredit Horizontal – Pemindahan kredit daripada program pada tahap kelayakan yang sama seperti daripada Diploma ke Diploma ATAU Sarjana Muda ke Sarjana Muda. Pemindahan Kredit yang dibenarkan adalah Pemindahan Kredit Dengan Gred atau Pemindahan Kredit Tanpa Gred (Pengecualian Kredit) berdasarkan situasi.:
2. Syarat – syarat umum pemindahan kredit adalah seperti berikut:
Gred Lulus – Gred lulus minimum bagi kursus yang layak dipertimbangkan untuk pemindahan kredit ialah Gred B atau nilai gred 2.50.
Nilai Kredit – nilai kredit bagi kursus yang layak dipertimbangkan untuk pemindahan kredit mestilah sama atau lebih tinggi daripada nilai kredit kursus yang dipohon.
Kesetaraan kandungan kursus-kursus yang terlibat dengan pemindahan kredit mestilah tidak kurang daripada 80%.
3. Kelulusan untuk pemindahan kredit hanya diberikan kepada program yang telah diperakui oleh kerajaan atau/dan mendapat pengiktirafan dari badan/agensi akreditasi atau badan profesional yang diiktiraf.
4. Pemindahan kredit bagi kursus yang diikuti secara Micro-credential adalah dibenarkan mengikut kesesuaian program berdasarkan syarat yang dinyatakan oleh standard program dan/atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
5. Kursus yang telah berjaya mendapatkan pemindahan kredit adalah tidak dibenarkan untuk diambil semula.
6. Kelulusan permohonan pindah kredit adalah tertakluk kepada kelulusan Dekan.
7. Borang permohonan perlu diisi dengan lengkap dan dilampirkan bersama: