Jabatan Program Jangka Panjang di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berperanan mengurus dan menyelaras pelaksanaan program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) serta Program Eksekutif yang ditawarkan melalui Pusat UMT Life. Jabatan ini menyokong pelaksanaan agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) universiti dengan menyediakan laluan pengajian yang lebih fleksibel kepada masyarakat.
Melalui penawaran program secara ODL dan Program Eksekutif, jabatan ini memberi peluang kepada golongan bekerja dan individu dewasa untuk melanjutkan pengajian tanpa kekangan masa dan lokasi. Pendekatan ini selari dengan usaha universiti untuk memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi serta memenuhi keperluan pembangunan ilmu dan kemahiran secara berterusan dalam kalangan masyarakat.