Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi tujuan penganugerahan kelayakan (APEL.Q) adalah proses penilaian pembelajaran (formal / tidak formal / bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan kelayakan akademik bagi program yang dimohon. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.Q iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran atau badan pengetahuan sesuatu program.
Semua individu sama ada Warganegara atau Bukan Warganegara layak memohon sebagai calon pelajar tertakluk kepada keperluan minimum yang telah ditetapkan.
b) Permohonan calon: memenuhi keperluan minimum.
Tahap MQF
Kelayakan
Tahap pengalaman kerja minimum dalam bidang berkaitan
3
Sijil
5 tahun
4
Diploma
10 tahun
5
Diploma Lanjutan
12 tahun
6
Ijazah Sarjana Muda
15 tahun
7
Ijazah Sarjana
20 tahun
8
Kedoktoran
25 tahun
Catatan : Calon yang tidak memenuhi syarat keperluan minimum tetapi dengan pembelajaran pengalaman terdahulu yang luar biasa dapat dipertimbangkan berdasarkan
Kes dari kes
Penilaian pembelajaran pengalaman terdahulu – pengetahuan, kemahiran, kompetensi, kepakaran (formal, tidak formal & bukan formal)
Program yang telah mendapat Akreditasi Penuh
Penilaian: berasingan bagi setiap program [berasaskan hasil pembelajaran/kompetensi program]
Semua bidang pengajian & semua tahap kelayakan MQF kecuali bagi program 100% penyelidikan
Program Profesional – tertakluk kepada penerimaan oleh badan professional
Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang telah berjaya dalam penilaian pelaksanaan APEL.Q akan diiktiraf sebagai Pusat Penilaian APEL.Q dan diberikan perakuan akreditasi untuk tempoh sah laku 5 tahun.