APEL M melibatkan pengumpulan kelayakan-micro (Micro-credentials). Individu yang telah mengumpul kredit melalui kelayakan mikro yang berkaitan dengan program akademik yang diakreditasi kini boleh memohon ke program pengajian tinggi melalui laluan APEL M, sekiranya mereka tidak memenuhi kelayakan kemasukan program akademik yang diperlukan.