APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
Sehingga kini penilaian APEL.A telah dibuka untuk ENAM tahap kemasukan iaitu:
- Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
- Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
- Kemasukan ke program Diploma Lanjutan (APEL T-5);
- Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6);
- Kemasukan ke program Ijazah Sarjana, Diploma Pascasiswazah dan Sijil Pascasiswazah (APEL T-7); dan
- Kemasukan ke program Kedoktoran (APEL T-8).
Sumber daripada : https://www2.mqa.gov.my/portalapela/ApaItuApel.cfm