Portal Rasmi

PUSAT UMT LIFE

Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan APEL.C

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL.C] adalah proses penilaian pembelajaran (tidak formal dan bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus dalam program yang sedang diikuti. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.C iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.

Sumber Daripadahttps://www2.mqa.gov.my/apel/APEL_C/apaituapelc.cfm

Fungsi APEL C

  1. Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti;
  2. Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar;
  3. Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi; dan
  4. Mengurangkan kos dan masa untuk menamatkan pengajian.

Sumber Daripadahttps://www2.mqa.gov.my/apel/APEL_C/apaituapelc.cfm

Dasar Umum APEL.C

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang ingin melaksanakan APEL.C perlu mematuhi dasar APEL.C seperti berikut:

  1. APEL.C boleh diguna pakai bagi pelajar berdaftar menggunakan kedua-dua kemasukan konvensional dan APEL.A;
  2. Penilaian pembelajaran yang dilakukan adalah termasuk pembelajaran yang diperoleh melalui Massive Open Online Courses (MOOC) atau mana-mana kaedah pembelajaran kendiri;
  3. PPT boleh melaksanakan APEL.C hanya selepas mendapat kelulusan MQA melalui permohonan APEL.C;
  4. APEL.C boleh dilaksanakan bagi semua bidang dan tahap kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia. Pelaksanaan APEL.C bagi tahap pascasiswazah adalah terhad kepada kursus dalam program secara kerja kursus dan mod campuran;
  5. APEL.C hanya boleh dilaksanakan bagi kursus dalam program yang sekurang-kurangnya telah mendapat Akreditasi Sementara; dan
  6. Kursus dalam program profesional boleh dipertimbangkan untuk APEL.C dengan kebenaran daripada badan profesional yang berkaitan. PPT bertanggungjawab untuk mendapat kelulusan ini.

Secara umumnya, dasar penganugerahan kredit melalui APEL.C membenarkan pindah kredit maksimum sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan kredit bergraduat sesuatu program. Peratusan ini ialah tambahan kepada peruntukan dasar pindah kredit sedia ada.

Pelaksanaan APEL.C juga terpakai bagi program Diploma Eksekutif. Pemberian 30 kredit berdasarkan 3 tahun pengalaman kerja seperti yang dinyatakan dalam Standard: Diploma Eksekutif perlu dilaksanakan menerusi penilaian menggunakan instrumen APEL.C.

Klik Imej untuk muat turun

Sumber Daripada : https://www2.mqa.gov.my/apel/APEL_C/dasarumumc.cfm

Garis Panduan : 

Permohonan

Garis Panduan APEL.C

Edisi 1 : 30 Mac 2023

Minit Senat Kali ke – 176 (Bil.16/2023)

 

Edisi 2 : 05 Februari 2024

Minit JKA UMT Kali ke – 12 (Bil.2/2024)