Apa Itu Micro-Credential?

Micro-credentials secara amnya adalah suatu kursus atau pakej pembelajaran yang bertujuan untuk mengiktiraf peningkatan kepakaran dan kompetensi spesifik individu dalam pelbagai bidang dan lazimnya diakses menerusi platform portal pembelajaran dalam talian.

Penawaran Micro-credentials memberi peluang terutamanya kepada individu bekerja untuk meningkatkan kemahiran spesifik yang disyaratkan oleh majikan dan industri dalam tempoh yang singkat. Ia bertujuan untuk memastikan kekinian ilmu serta menutup jurang kemahiran (skills gap) yang disebabkan oleh kepesatan perkembangan pengetahuan dan teknologi masa kini.

Jenis-Jenis MC

Senarai Kursus-Kursus MC Yang Ditawarkan Di UMT

MICRO-CREDENTIAL BIDANG BAHASA

MICRO-CREDENTIAL BIDANG PELANCONGAN

MICRO-CREDENTIAL BIDANG PENDIDIKAN

MICRO-CREDENTIAL BIDANG KEJURUTERAAN

MICRO-CREDENTIAL BIDANG INOVASI

Kursus Yang Telah Ditawarkan

Sorotan Program

Kursus MC Falsafah Pengurusan

Kursus MC Renang & Keselamatan Air

Kursus MC Asas Pertolongan Cemas

Kursus MC Rekreasi Luar

Kursus MC Fiqh Ibadat

Garis Panduan Micro-Credential

Edisi 1 : 29 Mac 2023

Minit Senat Kali ke – 165 (Bil./2023)

 

Edisi 2 : 05  Februari 2024

Minit JKA UMT Kali ke – 12 (Bil.2/2024)

SOALAN LAZIM FAQ

1. Apa itu Micro-Credential

Micro-credential ialah bentuk pembelajaran jangka pendek yang memberi pengiktirafan terhadap kemahiran atau pengetahuan tertentu. Ia biasanya berfokus kepada topik atau kompetensi spesifik, dan boleh diambil secara dalam talian atau fizikal. Sijil micro-credential boleh digunakan untuk menambah nilai dalam resume, membina kemahiran baru, atau sebagai sebahagian daripada laluan ke arah kelayakan akademik yang lebih besar.

2. Siapa yang sesuai mengambil kursus Micro-credential?

Micro-credential sesuai untuk pelbagai golongan termasuk pelajar, profesional, pencari kerja, dan individu yang ingin meningkatkan kemahiran mereka. Ia sangat berguna bagi mereka yang ingin menambah ilmu dalam masa singkat, mengembangkan kerjaya, atau mengikuti trend dan keperluan semasa industri.

3. Adakah sijil Micro-credential diiktiraf?

Ya, kebanyakan kursus Micro-credential yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi atau badan latihan profesional diiktiraf. Sijil ini boleh dimasukkan dalam portfolio atau LinkedIn sebagai bukti kemahiran. Di Malaysia, beberapa micro-credential juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan boleh dipindahkan sebagai kredit akademik dalam program formal tertentu.