Penubuhan Pusat UMT Life adalah sejajar dengan aspirasi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) nasional yang merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan negara. Aspirasi ini telah dijustifikasikan melalui dokumen Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2022. Umumnya, PSH merupakan proses pembelajaran menyeluruh dan berterusan, merangkumi segala bentuk aktiviti pembelajaran pada semua peringkat usia dan latar belakang sosio ekonomi bagi memenuhi keperluan pembelajaran yang disampaikan dan dilaksanakan melalui variasi kaedah yang fleksibel. Pembudayaan PSH juga menjadi salah satu daripada hala tuju pendidikan UMT dalam memperluas akses pendidikan dan memperkasa agenda pembelajaran sepanjang hayat, sejajar dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) – Pengajian Tinggi Lonjakan ke-3.
Pada September 2021, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) telah ditubuhkan di bawah Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, UMT. Jabatan ini bertanggungjawab membudayakan pendidikan sepanjang hayat dan menjadi nadi utama kepada aktiviti pembangunan, penambahbaikan dan pelaksanaan program inovatif di UMT. Bermula 1 Januari 2024, Jawatankuasa Pengurusan Universiti dalam mesyuaratnya Kali Ke-289 (Bilangan 13 Tahun 2023) telah bersetuju meluluskan Pusat UMT Life sebagai PTj Tier 1 dan Pusat Pendidikan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
Justifikasi Penubuhan
Objektif Penubuhan