Portal Rasmi

PUSAT UMT LIFE

Universiti Malaysia Terengganu

Apa Itu Pembelajaran Terbuka & Jarak Jauh (ODL) ?

Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) merujuk kepada peruntukan peluang pembelajaran yang fleksible dari segi akses dan pelbagai mod pemerolehan pengetahuan.

Fleksible: Pilihan yang tersedia bagi mendapatkan pendidikan di mana-mana sahaj, bila-bila masa dengan apa cara sekalipun.
Akses: Peluang yang diadakan untuk semua bagi membebaskan mereka dari kekangan masa dan tempat.
Pelbagai mod: Penggunaan pelbagai sistem penyampaian dan sumber pembelajaran.

(Ahmad, Phillips, Santhi & Wahid 2010)

Penawaran Program secara Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh [Open and Distance Learning (ODL)] adalah strategi lautan biru yang ditawarkan di Universiti Awam di Malaysia dan telah mencetuskan perubahan ketara dalam landskap pendidikan negara.

Melalui strategi ini, peluang pendidikan tinggi yang sebelum ini terhad kepada lepasan sekolah dan penuntut sepenuh masa mulai terbuka kepada semua peringkat usia dan melangkaui sempadan demografi.

Sistem e-Learning Estuary adalah sistem e-Pembelajaran bagi pelajar yang mengikuti pengajian secara ODL di UMT.

Sasaran Penawaran Program Sarjana (Kerja Kursus) Secara ODL di UMT:

BILPROGRAMSASARAN TAHUN PENAWARAN
2024202520262027
1Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar)/   
2Sarjana Pengurusan Zon Pantai Bersepadu/   
3Sarjana Sains (Akuakultur) /  
4Sarjana Teknologi Maklumat /  
5Sarjana Matematik  / 
6Sarjana Pentadbiran Perniagaan  / 
7Sarjana Ekonomi  / 
8Sarjana Sains Perikanan Tropika  / 
9Sarjana Analitik Data  / 
10Sarjana Sains Komputer   /
11Sarjana Statistik Sains Marin   /
12Sarjana Sains Sekitaran Marin Tropika   /
13Sarjana Sains Biodiversiti Tropika   /
14Sarjana Sains Pengajian Maritim   /

Rujukan Utama